Connect with us

WTF

Label ‘Rider’ Sebagai Pekerjaan Tidak Bermaruah, Pensyarah Universiti Dikecam

Ramai anak muda terutamanya golongan lelaki kini lebih memilih pekerjaan ehailing seperti Grab dan Food Panda kerana mempunyai peluang pekerjaan yang luas.

Tidak terkecuali juga bagi graduan-graduan yang telah menamatkan pengajian mereka kerana pekerjaan seperti tidak tertekan dan lebih fleksibel.

Pekerjaan Rider Dianggap Tidak Bermaruah

Baru-baru ini, pembentangan bajet Belanjawan 2020 telah disiarkan oleh sebuah rancangan televisyen dimana mereka menjemput dan menemu bual beberapa orang pakar bagi mengulas tentang perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, video temu bual terbabit tular di laman media sosial apabila seorang pensyarah jemputan telah melabel pekerjaan tersebut sebagai pekerjaan yang tidak bermaruah.

Dalam masa yang sama, pensyarah terbabit juga mempersoalkan mengapa graduan yang mempunyai kelulusan tinggi lebih memilih pekerjaan itu seolah-olah tiada pekerjaan lebih baik yang setaraf dengan pendidikan mereka.

Seriuslah… boleh ye letak kerja kami ni x bermaruah? Ramai yg telah pergi kerana melaksanakan kerja2 x bermaruah ni…

Posted by Iman Runner on Saturday, October 12, 2019

Perbuatan pensyarah yang berumur 40 tahun tersebut telah mengundang amarah netizen lantas dia dikecam kerana mereka berpendapat tidak semua orang memiliki nasib yang baik walaupun berpelajaran tinggi.

Netizen turut meminta pensyarah tersebut untuk menyertai pekerjaan itu supaya dapat memahami perasaan mereka sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber: Facebook

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending