Connect with us

Infozon

Kurus Kering Kebuluran, Anak2 Yaman Derita Tiada Perhatian Dunia

Sangat menakutkan apabila dunia hari ini dikejutkan dengan pelbagai bencana alam yang berlaku. Jika difikirkan, ‘siksaan’ yang mendatang ini merupakan peringatan dari-Nya buat hamba-hambanya.

Namun, berapa ramaikan manusia di dunia ini sedar bahawa siksaan serta keperitan serupa dengan ini sudah dirasai oleh sesetengah negara bergolak seperti Yaman, Palastin, Gaza dan sebagainya? Lebih malang lagi, nasib mereka sejak dari dahulu lagi tiada yang peduli dan seolah-oleh dikaburi oleh kuasa-kuasa besar.

Di Twitter, sebuah video telah berjaya meraih perhatian pengguna laman Twitter dengan memaparkan beberapa orang kanak-kanak, yang dilihat dalam keadaan kurus kering sehingga menampak tulang rangka mereka.

Kanak-kanak ini dipercayai merupakan antara penduduk Yaman, yang sejak dari dulu lagi mengalami masalah kekurangan makanan dan kebuluran.

Di Twitter, ramai yang meluahkan rasa sedih dan kesal kerana tidak dapat membantu anak-anak dan warga di sana yang tersiksa akibat kekurangan makanan.

Ramai juga dilihat mendoakan mereka semua terus kuat untuk hidup dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT. Tidak kurang juga, ada yang mempertikaikan tindak tanduk PBB dalam menangani krisis-krisis seperti ini.

Semoga perkara ini akan membuka mata pelbagai pihak dan juga sentiasa mengingatkan semua untuk bersyukur dengan perkara yang dimiliki ketika ini.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending