Connect with us

Inspirasi

Kurma & Pisang Jadi Juadah Berbuka Puasa Pemain Turki Tepi Padang Ketika ‘Games’

Umat Islam di seluruh dunia sudah pun memulakan ibadah puasa setelah bulan Ramadan tiba. Walaupun berada dalam keadaan menahan makan dan minum sepanjang hari, ia bukanlah satu alasan untuk meneruskan aktiviti harian.

Bagi pemain bola sepak beragama Islam, berlari diatas padang pada bulan puasa pastinya bukan perkara asing buat mereka. Ada juga yang menempuh perlawanan dan sudah tentu perkara tersebut antara ujian yang sangat hebat untuk mereka.

Curi2 berbuka puasa

Namun, menerusi perkongsian satu akaun Twitter Turki, dapat dilihat para pemain pasukan tempatan Turki sempat ‘curi-curi’ masa di atas padang dengan berbuka secara ringkas.

Mereka dilihat mengalas perut dengan buah-buahan seperti pisang, kurma dan air mineral untuk membasahkan tekak di tepi padang.

https://twitter.com/beINSPORTS_TR/status/1382005454679736327

perkongsian yang berdurasi 18 saat itu pastinya agak menyentuh hati kerana mereka tetap menjalani ibadah puasa walaupun perlu mengerah tenaga yang begitu besar ketika sedang berentap dalam perlawanan bola sepak.

Pastinya situasi tersebut menjadi inspirasi buat semua kerana jika kita mampu dan masih larat untuk meneruskan puasa, aktiviti harian sama sekali tidak akan terganggu walaupun diri dalam keadaan lapar serta dahaga.

Sumber: beINSPORTS_TR

 

Continue Reading
Advertisement

Trending