Connect with us

WOW

Kulit Muka Lagi Mulus Dari Wanita, Pemuda Kongsi Rahsia Rutin ‘Skincare’ Harian

Wajah dan penampilan memainkan peranan dalam diri seseorang. Tidak kisahlah sama ada lelaki ataupun perempuan, mereka ini sewajarnya menjaga penampilan yang bagus kerana sekali gus dapat naikkan keyakinan dalam diri.

Penjagaan diri seperti kulit muka dan juga badan seseorang pastinya mempunyai cara yang tersendiri. Jika sesuatu cara itu berkesan dan bagus, tidak salah untuk berkongsikan manfaat tersebut kepada orang lain untuk diamalkan bersama.

Setahun cuba kosisten pakai skincare

Di Twitter, seorang remaja lelaki berjaya menarik perhatian ramai terutamanya golongan perempuan dengan kulit wajahnya yang licin bagaikan telur yang dikupas.

Bukan sahaja tiada cela, malah kulitnya juga dikatakan glowing, seperti kulit muka yang diimpikan oleh kebanyakan wanita di luar sana. Disebabkan itu, dia jtelah berkongsikan rahsia disebalik penjagaan muka hariannya.

Sebelum…

Selepas…

Barangan yang diguna ringkas sahaja tapi…

Amal penjagaan asas muka itu sahaja..

 

Paling penting, jangan lupa pakai pelindung matahari!

 

Fuhhh! Memang flawless!

Sudah pastinya, remaja ini meraih pujian terutamanya dari kalangan golongan wanita di luar sana. Ramai yang memuji kulit muka remaja berkenaan sememang licin dan berkilau seperti yang mereka idamkan.

Lagi licin dari muka perempuan!

Kena rajin jaga muka, nanti tak tua sebelum usia

Peringatan mesra: Masyarakat digalakkan untuk memakai produk yang sememangnya diluluskan oleh KKM dan juga diuji secara klinikal agar tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Sumber: Twitter. 

Continue Reading
Advertisement

Trending