Connect with us

Cute

‘Kudrat’ Kura2 Berusia 100 Tahun, Diego Berjaya Hasilkan 800 Ekor Warisnya

Sudah banyak hidupan purba yang diancam kepupusan gara-gara hasil kerakusan manusia yang mengekspliotasi hasil bumi tanpa memikirkan kesannya kepada alam sekitar. Namun, sebilangan aktivis yang masih lagi berusaha untuk mengekalkan dan menjaga hidupan yang hampir terancam ini agar boleh dilihat oleh generasi yang akan datang.

Diego merupakan seekor kura-kura raksasa yang merupakan spesis Galapagos yang pernah diancam kepupusan sebelum ini. Namun, perkara ini telah diselamatkan oleh Diego apabila kura-kura gergasi berkenaan berusaha gigih untuk memupuk kembali generasinya.

Diego yang mempunyai berat kira-kira 80 kg, berketinggian 1.5 meter dan panjangnya hampir 9 sentimeter sebelum ini telah dihantar untuk menyertai program pembiakan di Taman Nasional Galapagos di Santa Cruz.

Tujuan program itu diadakan adalah untuk membiak dan mengembangkan spesis kura-kura Galapagos yang diambang kepupusan. Diego dan beberapa ekor kura-kura jantan yang lain telah dikurung sekian lamanya bagi menyelamatkan spesis mereka.

Hasil dari program berkenaan, kura-kura Galapagos berjaya dibiakkan dan Diego sendiri mempunyai kira-kira 800 anak hasil dari kerja kerasnya.

Kini, Diego dan rakan-rakannya akan dihantar pulang ke tempat asal iaitu Espanola untuk hidup dengan bebas kerana program tersebut telah berjaya dilaksanakan.

Sumber: ABC.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement

Trending