Connect with us

WTF

Kuda Mati Sebab Terlalu Penat, Tenaga Dikerah Selamatkan Mangsa Banjir Di Jakarta

Jakarta kini sedang diduga dengan banjir besar yang boleh dikatakan paling teruk dalam sejarah Indonesia. Air naik terlalu tinggi menyebabkan kenderaan rosak dan tidak dapat bergerak di dalam air.

Disebabkan itu, penduduk di sana menggunakan kuda sebagai inisiatif untuk bergerak bagi menyelamatkan mangsa banjir ke tempat yang selamat.

Kuda dan penjaga rebah sebab terlalu penat

Oleh kerana terlalu penat, seekor kuda mati kepenatan selepas dikerah tenaganya untuk menjadi pengangkutan, bagi menyelamatkan mangsa banjir secara berterusan.

Kuda mati selesai selamatkan mangsa banjir

Kuda malang itu mati sesudah dia menempatkan mangsa banjir ke tempat selamat. Manakala, penjaganya yang sudah lanjut usia pengsan kerana sudah tidak berdaya lagi meneruskan misi menyelamat.

Difahamkan, kuda berkenaan merupakan antara tiga ekor yang digunakan dalam misi menyelamat. Memang benar nyawa manusia itu penting untuk diselamatkan, tetapi janganlah sehingga makhluk lain juga terseksa.

Sumber : Kompas

Continue Reading
Advertisement

Trending