Infozon
Kucing Jalanan Terkenal, ‘Street Cat Bob’ Disahkan Mati Pada Usianya 14 Tahun

Siapa yang bakal menyangkakan bahawa seekor kucing jalan bakal mengubah nasib dan hidup seseorang itu dengan lebih baik. Bahkan, seekor kucing juga boleh menjadi teman hidup yang paling setia lebih daripada manusia itu sendiri.
Seekor kucing jalanan berwarna oren yang terkenal dengan panggilan Bob ataupun ‘Street Cat Bob’ telah berjaya menyelamatkan hidup seorang pemuda James Bowen dari terus hidup bergelumang dengan kancah dadah. Bob dan James buat pertama kali bertemu diantara satu sama lain pada tahun 2007.
Kisah Bob & James disematkan dalam sebuah buku
Selepas James mengambil keputusan untuk menjaga Bob dan dia sering membawa kucing berkenaan bersamanya untuk mencari rezeki tepi jalan dengan menjual buku dan juga busking.
Kemudian,pada 2012 James menulis dan mengeluarkan sebuah buku mengenai Bob, yang dilihat mempunyai makna istimewa dalam hidupnya. Kemudiannya, beberapa buah buku lagi dikeluarkan disebabkan oleh sambutan yang mengalakkan.
Filem A Street Cat Named Bob dihasilkan
Pada tahun 2016, kisah hidup mengenai James dan Bob dikeluarkan. Paling menarik sekali, filem tersebut dilakonkan sendiri oleh Bob si kucing comel berkenaan. Jelas sekali, filem ini menarik perhatian dunia dan pengikut Bob semakin bertambah.
Bob pergi pada usianya 14 tahun
Kini, kebanyakan pengikut Bob berasa sayu dengan berita kematiannya sehinggakan nama Bob trending di laman Twitter hari ini. Bob dilaporkan mati pada 15 Jun 2020 pada usianya di 14 tahun.
Berita kematian mengenai Bob si kucing berwarna Oren ini telah diumumkan melalui laman Facebook dan Twitter rasmi milik Bob.
Sumber: Twitter.

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit