Connect with us

WTF

Tindakan Tidak Masuk Akal, Individu Sembur Kucing Dengan Pewarna Biru!

Bagaikan tiada kesudahan, penderaan dan penganiayaan terhadap haiwan semakin menjadi-jadi dan berleluasa. Walaupun sudah macam-macam hukuman dah peraturan yang sudah ditetapkan untuk jenayah ini, ia seperti tidak memberi apa-apa kesan terhadap jiwa mereka.

Satu lagi kes penganiayaan haiwan telah terjadi dan dikongsikan sendiri oleh Persatuan Haiwan Malaysia di laman Facebook mereka. Seekor kucing dilihat telah diwarnakan seluruh tubuhnya dengan menggunakan penyembur  yang berwarna biru.

Budaya mengecat semakin menjadi-jadi!

Dua keping foto kucing biru malang tersebut telah dimuat oleh Persatuan Haiwan Malaysia. Rata-rata warga Facebook berasa kesal dan marah terhadap tindakan individu yang dianggap sebagai tidak bertanggungjawab.

Sila laporkan kepada pihak berkuasa

Orang ramai diseru jika tahu dan maklumat mengenai kejadian yang menimpa kucing ini, segera laporkannya kepada pihak berkuasa ataupun Animal Malaysia.

Sila buat tindakan yang lebih keras!

Kucing yang disembur dengan pewarna biru itu, telah mengundang perhatian netizen dan kebanyakannya berharap individu kejam ini diberikan hukuman yang setimpal.

Apa dosa kucing tu?

Kena cukur bulu satu badan!

Buat kerja macam tak ada akal!

Diharapkan orang ramai boleh tentang sekeras-kerasnya tindakan yang menyiksa dan menganiyai haiwan ini. Mereka juga berhak dilayan dengan baik dan hidup dengan aman bersama-sama dengan manusia.

Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia.

Continue Reading
Advertisement

Trending