Connect with us

Cute

Kucing Bunting Jadi Peneman Sepanjang Jaga PKPB, ‘Akak’ Polis Sebak Nak Berpisah

Selama tempoh PKP dan PKPB ini, sudah pasti menjadi antara momen paling dikenang oleh para anggota polis yang bertugas menjaga sekatan jalan raya.

Seperti seorang anggota polis ini, Inspektor Widyawati Rahmat yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) di Jementah, Segamat, seusai tamat menjalankan tugas, dia telah menyerahkan seekor kucing bunting kepada penduduk tempatan untuk dijaga.

Menurut anggota polis berusia 43 tahun ini, sepanjang dia bertugas menjaga sekatan jalan raya, kucing itulah yang menjadi penghibur buatnya dan juga rakan-rakan sepasukan yang lain.

Jadi peneman polis dan tentera jaga PKPB

Katanya, ketika waktu rehat anggota polis dan tentera yang bertugas menghabiskan masa mereka membelai dan memberi makan kucing terbiar itu.

“Semasa ia datang dulu, keadaannya sangat kurus dan tidak terurus namun kini kelihatan berisi sedikit…”

Hampir 84 hari meluangkan masa bersama dan menjadi peneman, Widyawati berkata agak sebak untuk mereka berpisah dengan kucing tersebut.

Sebak juga nak berpisah

Namun, mujurlah ada yang sudi mahu membela kucing bunting itu. Justeru, Widyawati berharap agar tuan baru haiwan itu dapat menjaganya dengan baik.

“Sebak rasa hati kerana terpaksa berpisah dengan haiwan yang menemani kami di sini. Tapi saya berharap tuan baru bunting dapat menjaga ia sebaik mungkin…”

Lepas ini kita mungkin akan merindui kelibat para anggota polis dan tentera berkawal di jalan raya. Terima kasih buat anda semua, kini sudah tiba tanggungjawab kita pula untuk menjaga diri dan negara kita.

Sumber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Trending