Connect with us

Cute

Kucing Bawa Makanan Bagi Kawan, Ingat Tengah Tidur Rupanya Dah Mati

Bagi seseorang yang memiliki sahabat baik, pasti melalui perasaan penuh kecewa dan sedih sekiranya ditinggalkan secara tiba-tiba.

Bagaimanapun, haiwan juga mempunyai naluri untuk saling kasih mengasihi dan menyayangi antara satu sama lain dengan berkongsi makanan dan sebagainya.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar dua ekor kucing yang dimuat naik netizen tular di laman Facebook Group Pecinta Hewan Makassar.

Gambar tersebut memaparkan seekor kucing membawa makanan untuk kawannya yang kelihatan seakan-akan sedang tidur, namun setelah menghampiri ternyata kawannya itu telah mati.

Gambar lain juga menampakkan kucing tidak bernyawa itu ditanam sambil diperhatikan kucing yang masih hidup dalam keadaan berduka.

Tidak dapat berbuat apa-apa, kucing bernyawa itu hanya mampu melihat jasad rakannya masuk ke dalam tanah oleh orang awam.

Perkara itu meruntun sanubari bagi sesiapa yang melihatnya malah kucing berkenaan pasti akan berasa kesunyian tanpa ditemani rakannya.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending