Connect with us

Cute

Kucing & Anjing Dah Biasa Sangat, Keluarga Pelihara 7 Serigala Dewasa

Tetamu yang berkunjung ke rumah Rami Al-Sarhan di Al-Jouf pasti sudah biasa sekiranya dia bertanya sama ada ingin melihat haiwan peliharaannya.

Walau bagaimanapun, haiwan peliharaan keluarga tersebut bukanlah seperti kucing ataupun anjing tetapi sebaliknya tujuh serigala dewasa.

Menerusi laporan Arab News, bapa berusia 30 tahun itu tidak berasa risau mengenai keselamatan empat anaknya yang berusia antara tiga hingga lapan tahun.

“Semua serigala makan bersama kami dan mengikut kami pergi ke ladang dan duduk bersama kami di bilik ketika kami mempunyai tetamu.
“Mereka sudah biasa dengan kehidupan manisa dan tidak menyerang sesiapa sahaja yang duduk bersama walaupun orang asing,” katanya.

Jarang melihat haiwan yang ‘ganas’ menjadi kawan baik manusia, persahabatan tersebut bermula 11 tahun lalu setelah bapa saudaranya membawa pulang seekor serigala dan daripada itu, dia mula belajar tentang sifat dan perangai serigala.

Rami berkata, haiwan jenis karnivor itu adalah jinak dan tidak mendatangkan bahaya sekiranya diuruskan dengan baik dengan teknik dan cara yang betul.

Sumber : Arab News

Continue Reading
Advertisement

Trending