Connect with us

WTF

Kubur Etnik Uighur Muslim Dimusnahkan, Kerajaan China Jadikan Sebagai Taman Rekreasi

Sudah banyak tersebar berita mengenai kekejaman oleh kerajaan negara China terhadap kaum Uighur yang kebanyakannya adalah beragama islam. Mereka ini bukan sahaja menerima layanan yang sangat buruk, malah dilaporkan dibunuh dan disiksa dengan sangat dahsyat.

Terkini, merujuk laporan Daily Mail kerajaan China sekarang sedang menjalankan giat menjalan gerakan untuk menghapuskan identiti kaum Uighur ini.

Berdozen kubur telah dimusnahkan!

Dikatakan lagi, dalam masa dua tahun sahaja, kerajaan China telah berjaya menghapuskan dan memusnahkan berdozen-dozen tapak perkuburan milik kaum Uighur itu.

Alasan tidak munasabah!

Bertambah menyedihkan, tapak perkuburan itu telah dijadikan sebagai taman rekreasi dan tapak letak kereta. Menurut kerajaan China, etnik tersebut harus akur dengan perkara tersebut kerana ini adalah salah satu proses pembangunan dan permodenan yang standara


 Banyak tulang berteraburan

Kini sudah tersebar meluas gambar-gambar pembangunan yang telah dilakukan atas tapak perkuburan kaum muslim Uighur ini. Bertambah sayu apabila terlihat banyak tulang-tulang yang bersepah diatas tanah akibat kesan dari pemusnahan kubur-kubur itu.

Perbezaan sangat ketara dapat dilihat!

Ada yang berpendapat bahawa kerajaan China sedang berusaha keras untuk melenyapkan identiti kaum dan etnik minori di sana. Pelbagai usaha dan tindakan telah dilaksanakan keatas mereka semua supaya tidak dapat hidup dengan aman dan mati akibat tersiksa dinegara sendiri.

Sumber: Daily Mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending