Infozon
Kuasa Ajaib Allah! Berbulan2 Derita Sakit, Budak Dihempap Peti Ais Makin Sihat

Selepas hampir setahun kejadian dihempap peti ais, adik Muhammad Fawwaz Adli menunjukkan perkembangan positif setelah melalui pelbagai proses rawatan di hospital sebelum dibawa pulang ke rumahnya di Nilai, Negeri Sembilan.
Terbaru, kanak-kanak berusia enam tahun itu dikhabarkan semakin sihat dan berisi berbanding beberapa bulan sebelum ini yang kelihatan kurus dan tidak bermaya.
Perkara itu dimuat naik oleh personaliti TV, Ahmad Fedtri Yahya di laman Facebook yang pernah menziarahi Fawwaz sebelum ini dan posting itu dikongsi semula bapanya Mohd Bukhari Zainal Annuar.
“Ingat lagi tak adik Fawwaz yang koma ditimpa peti ais besar? Alhamdulillah, kini bertambah sihat dan ‘tembam’ berkat usaha dan doa pelbagai pihak. Semoga keceriaan dan bahagia akan kembali melimpahi keluarga mereka,” tulisnya.
Mohd Bukhari kemudiannya mengucapkan terima kasih buat individu yang sudi mendoakan kesembuhan anak sulung daripada tiga beradik itu malah mengatakan hanya Allah dapat membalas kebaikan mereka.
“Hanya Allah saja yang dapat membalas semua kebaikan kalian buat keluarga kami ini. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua insyaAllah amin,” kata bapa Fawwaz.
Terdahulu, Fawwaz cedera parah di kepala selepas dihempap peti ais pada 12 Julai tahun lalu di rumah keluarganya sehingga tidak boleh berdiri dan bertutur selain memerlukan penjagaan rapi.
Sumber : Mohd Bukhari Zainal Anuar

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit