Inspirasi
Kreatif! Pelukis Kaligrafi Lakar Wajah2 ‘Viral’ PKP Dengan Hanya Guna Barang Dapur

Sejak kebelakangan ini, dapat dilihat pelbagai usaha rakyat Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin kita yang sama-sama berjuang dalam melawan Covid-19.
Selain daripada itu, ada juga yang berbakat dengan melakar wajah-wajah insan viral yang ‘meledak’ semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) tempoh hari.
Hasil karya kreatif
Menerusi satu muat naik seorang pelikus kaligrafi dikenali sebagai Shah Tumin, dia telah melakukan lakaran wajah-wajah ‘viral’ dengan menggunakan bahan-bahan dari dapur seperti kicap, serbuk kari dan pelbagai lagi.
Antara wajah yang dilakar adalah YouTuber masakan terkenal Sugu Pavithra, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Paling viral semasa PKP
Ketiga-tiga wajah tersebut dilukis menggunakan bahan masakan yang sering kita guna di dapur. Dalam setiap penghasilan yang dilakukan oleh Shah Tumin, dia akan memuat naik proses tersebut di dalam saluran YouTubenya.
Hanya guna kicap lakar wajah PM
Lukis wajah Dr Noor Hisham guna sos cili
Hasil seninya itu telah menjadi perhatian warganet sejak beberapa hari lepas kerana terlihat kreatif serta menggambarkan lanskap sebenar Malaysia semasa PKP tempoh hari.
Semoga hasil kreatif Shah Tumin ini menjadi inspirasi semua lapis masyarakat dalam terus berkarya dan menzahirkan rasa bangga menjadi warganegara Malaysia.
Sumber: Shah Tumin

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit