Infozon
“Koyak Ya..” – Disebut Kanak2 Palestin? Netizen Dakwa Tentera Israel ‘Dibahan’ Depan2

Tidak sia-sia usaha menjadi ‘tentera bawang’, perkataan ‘koyak’ yang tular di media sosial sudah tersenarai dalam kamus online, Urban Dictionary sejak semalam.
Bagaimanapun, terdapat satu video InstaStory mengundang persoalan warganet adakah perkataan bahasa Melayu itu sudah mula popular di Palestin selepas netizen Malaysia mengutuk tindakan kejam tentera Israel.
Seorang pengguna Twitter, @LysaSuliman berkongsi tangkapan skrin daripada InstaStory milik seorang penduduk Palestin iaitu @bilal_h.altaweel memaparkan sekumpulan kanak-kanak lelaki yang berhadapan dengan rejim Zionis.
‘Membahan’ tentera Israel secara berdepan?
https://twitter.com/WehNakBacaApaNi/status/1393567835725602818
Sebelum mereka beredar dari sekumpulan tentera Israel yang sedang duduk santai itu, salah seorang kanak-kanak didakwa menyebut perkataaan berbunyi seakan-akan ‘koyak ya’ seperti yang kecoh di Malaysia ketika ini.
Namun, tidak dapat dipastikan sama ada budak terbabit benar-benar menyebut perkataan ‘koyak’ atau terdapat perkataan lain yang membawa maksud berbeza dalam bahasa mereka.
Berikutan tular rakaman berdurasi 12 saat itu, rata-rata warganet memberikan komen teruja apabila mendakwa kanak-kanak terbabit selamba menyebut perkataan itu di hadapan tentera Israel.
Betul ke dorang cakap macam tu?
Allah sentiasa bersama kamu!
Terus ‘sound’ depan2
Ke bahasa Arab tu?
Mantap tentera bawang! Betul2 antarabangsa
Bahasa lingua franca ni…
Terdahulu, perkataan koyak mula tular selepas seorang pengguna Twitter @megumihajiku mengutuk penyokong Israel sebelum diikuti dengan warganet lain sehingga muncul tanda pagar #IsraelKoyak di semua platform media sosial.
Sumber: Twitter @LysaSuliman

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit