Connect with us

Infozon

Kotak Hitam Pesawat Ukraine Berjaya Dinyahkod

Kotak hitam pesawat Ukraine yang ditembak jatuh berhampiran Tehran pada Januari berjaya dinyahkod, lapor agensi berita Sputnik, memetik Timbalan Menteri Luar Ukraine, Yevhenii Yenin.

Analisis data kotak hitam itu bermula pada Selasa di Paris.

“Semua data daripada dua perakam penerbangan telah diperoleh dan didekripsi. Walaupun terdapat kerosakan luaran pada perakam penerbangan. Penyiasatan teknikal dimulakan segera selepas kemalangan berlaku…
“…dan penyahkodan adalah salah satu peringkatnya. Namun, agak mustahil untuk menjangkakan berapa lama siasatan teknikal akan berlangsung, ” kata Yenin, seperti dipetik oleh Hromadske Radio.

Pada 8 Januari, sebuah pesawat menuju ke Kyiv terhempas sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini Tehran. Kesemua 176 penumpang dan anak kapal terkorban.

Tentera Iran mengaku tertembak jatuh pesawat secara tidak sengaja, yang keliru dengan peluru berpandu musuh ketika berjaga-jaga terhadap tindak balas Amerika Syarikat ke atas serangan Iran di pangkalan tentera AS di Iraq.

Tehran melancarkan peluru berpandu itu sebagai tindakan balas terhadap pembunuhan Qassem Soleimani, komander tertinggi tentera Iran. Iran telah pun memohon maaf.

Advertisement

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy telah meminta Tehran untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan dan membayar pampasan kepada keluarga mangsa.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending