Connect with us

Infozon

Korea Selatan: Pelancong Dari 21 Negara Perlu Jalani Kuarantin

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan pada Selasa berkata pelancong yang tiba dari India, Indonesia, Pakistan, Filipina dan 17 negara lain tetap perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari walaupun sudah lengkap divaksin COVID-19, berikutan kebimbangan penularan varian Delta.

Seoul sebelum ini mengumumkan rancangan membenarkan pelawat luar negara yang sudah lengkap divaksin memasuki Korea Selatan tanpa perlu menjalani kuarantin wajib, mulai bulan depan.

Namun, kemasukan itu hanya dibenarkan untuk urusan perniagaan, pendidikan dan kemanusiaan. Bagaimanapun, selepas penelitian terbaru dilakukan, Korea Selatan memutuskan ketibaan dari 21 negara, termasuk Afrika Selatan dan Bangladesh, perlu menjalani kuarantin, menurut Yonhap memetik Ibu Pejabat Pusat Keselamatan dan Pengurusan Bencana.

Pada Isnin, Korea Selatan mengesahkan 267 lagi kes daripada empat jenis varian baharu yang mudah merebak,  termasuk 73 kes melibatkan varian Delta.

Jumlah jangkitan kini mencecah 2,492 kes dengan kes varian Delta meningkat kepada 263.

Sejak Mei, rakyat Korea Selatan yang sudah divaksin dan tiba dari luar negara dikecualikan daripada kuarantin wajib 14 hari. Namun, mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 dan tidak perlu dikuarantin jika tiada gejala.

Sumber: Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending