Connect with us

Infozon

Kita berkahwin ni bukan semata-mata mahu menghalalkan hubungan kelamin sahaja

Kita berkahwin ni bukan semata-mata sebab nak menghalalkan hubungan kelamin sahaja, walaupun itu adalah antara salah satu kebaikan dalam pernikahan. Islam menggalakkan umatnya bernikah agar hubungan batin yang sah dapat terlaksana, tapi bukan itu satu²nya tujuan mengahwini seseorang itu.

Kita bernikah adalah kerana Allah swt. Banyak sangat amanah yang sepatutnya kita jaga. Kawen bukan sekadar menghalalkan hubungan fizikal lelaki dan perempuan, tapi ia adalah suatu lapangan agar kita banyak beribadah kepada Allah swt.

Kalau awal lagi kita dah berniat, seronoknya kawen ni nanti akan dapat bersama dia, barangkali kita dah terlupa sesuatu. Benar kawen itu mengelakkan maksiat antara lelaki dan perempuan dan menjauhkan penzinaan, tapi kalau tujuannya hanya sekadar hubungan badan, maka akan pincang jua ia akhirnya.

Dalam pernikahan, kita patut lebih amat menjaga hubungan dengan Allah swt, kerna DIA la yang mengurniakan cinta dalam hati kita dan memberi jodoh buat kita. Namun apabila sudah bernikah, kita lupa untuk menyembah Allah swt dan mengabaikan segala perintahNya. Seolah² kita yang berkuasa akan sesuatu kejadian itu. Nauzubillah.

Jangan letak alasan elak maksiat sebagai tujuan utama pernikahan. Kerna itu bukan asas kepada sebuah keluarga yang kita ingini sebenarnya. Sepatutnya, kita mencari sakinah,mawaddah dan warahmah dalam rumahtangga.

Bernikah untuk mencari ketenangan hati. Nak bahagiakan pasangan dan juga dibahagiakan. Nak pandang yg terbaik dari insan yang kita cintai dan melengkapi kekurangan. Bukannya beralih arah ketika dia tak mampu penuhi apa yang kita ingini.

Bernikah juga adalah untuk menambahkan taqwa kepada Allah swt. Bila kita melihat pasangan, kita bersyukur kepada Allah swt. Kita nak buat ibadah rasa tenang, hati rasa lapang. Jika tidak betulkan niat, maka akan hambarlah rumahtangga.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending