Connect with us

Cute

Kucing Cemburu Apabila Tuannya Bermain Dengan Kucing Baru

Setiap manusia dilahirkan dengan perasaan cemburu dan kebanyakan daripada kita akan berasa iri hati apabila ibu bapa lebih mengutamakan adik-beradik yang lain.

Tidak terkecuali juga dengan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing dimana mereka turut mempunyai perasaan yang sama apabila tuannya memiliki haiwan baru.

Bagi pandangan yang tajam

Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @MerielMyers memuat naik sebuah rakaman video berkenaan dengan seekor kucing.

Video tersebut menunjukkan seekor kucing gebu spesis British Shorthair kelihatan sangat cemburu apabila melihat lelaki yang dipercayai tuannya sedang bermain dengan anak kucing yang lain.

Haiwan berwarna kelabu itu melihat adegan tersebut dengan perasaan yang dengki di samping berasa bimbang jika kasih sayang tuannya akan hilang.

Perkara terbabit tidak terhenti disitu sahaja bahkan kucing berkenaan turut memberikan pandangan  tajam terhadap anak bulus tersebut seolah-olah ingin menghapuskan kehadirannya.

Posting berkenaan telah berjaya mencuit hati warga netizen dan rata-rata mereka berasa geram dengan kecomelan kucing itu.

Awas pencinta haiwan sekalian. Sayanglah haiwan peliharaan anda dengan sama rata supaya kucing anda tidak merencakan sesuatu apabila ketiadaan tuannya.

Sumber: Twitter

Continue Reading
Advertisement

Trending