Connect with us

Infozon

Kisah Daif Di Pedalaman! Seronok Dapat Air Bersih, Selama Ni Tadah Air Hujan

Bagi individu yang tinggal jauh di pedalaman, mereka menjalani kehidupan dalam serba kekurangan apabila tidak mempunyai pelbagai kemudahan dan keperluan yang ingin digunakan dalam waktu seharian.

Ini termasuk kemudahan air bersih yang tidak dapat disalurkan dimana mereka hanya bergantung kepada air perigi. Lebih menyedihkan apabila terpaksa menunggu air hujan untuk ditadah.

Seorang pengguna laman Facebook yang bernama Kidal Sabah memuat naik posting berkongsi pengalaman ketika membantu menyalurkan bekalan air untuk digunakan masyarakat di sebuah kampung di Sabah.

“Seorang anak kecil datang kepadaku dan bertanya. “Pakcik air ni di bayar ka?” tidak sayang ini semua untuk kamu.
“Dikala air perigi sudah hilang dari pandangan mata maka satu-satunya harapan adala air hujan menajadi sinar di mata mereka yang dialami sejak 20 tahun,” katanya.

Menerusi gambar yang dikongsi, kanak-kanak tersebut kelihatan seronok bermandi-manda selain bersemangat menadah bekas yang berisi air untuk dibawa pulang ke rumah.

Akibat situasi jauh berbeza berbanding golongan bandar itu, beliau sering terfikir mengenai nasib anak-anak kecil yang akan membesar tanpa mempunyai air bersih.

“Ada dua hal yang tidak dapat diulang, kesempatan dan waktu. Sama seperti air yang mengalir dan kita tidak akan pernah menyentuh air yang sama. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” ujarnya.

Sumber : Kidah Sabah

Continue Reading
Advertisement

Trending