Connect with us

Sosial

Kirim Surat Terima Kasih Kepada Makcik Cleaner, Sikap Murni Perempuan Usia 9 Tahun Ini Dipuji Netizen

CikKoin

Diterbitkan

pada

Sikap murni seorang kanak-kanak berbangsa Cina yang mengirimkan sepucuk surat sebagai tanda penghargaan kepada seorang wanita  telah berjaya menawan hati netizen.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh seorang pengguna Twitter @khai_afifah yang juga merupakan anak kepada wanita tersebut yang bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah sekolah rendah.

Beliau berasa amat terharu selepas membaca isi kandungan surat yang ditulis oleh kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Abigail Tan itu.

Isi hati kanak-kanak darjah 3

Katanya, dia begitu kagum dengan didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa Abigail Tan di mana dia sangat menghormati orang tua meskipun usianya baru sahaja mencecah sembilan tahun.

 

Terima kasih mak cik

Melihat dalam kandungan surat itu, Abigail Tan telah mencoretkan kata-kata penghargaan di dalam bahasa Inggeris dan terdapat lukisan yang menggambarkan dia bersama pekerja wanita tersebut.

Terpuji sikap adik ini

Susulan itu, rata-rata netizen kagum dengan adab yang ditunjukkan oleh kanak-kanak perempuan itu dan turut berharap akan menjadi insan yang berjaya pada masa akan datang.

 

 

 

Sumber: Twitter (Khai_Afifah)

Facebook Comments

Trending