Connect with us

Infozon

Khabib Nurmagomedov Rayu Doa Semua, Bapa & 20 Ahli Keluarga Positif Covid-19

Atlet UFC yang sangat dikenali di seluruh dunia iaitu Khabib Nurmagomedov baru-baru ini ada memuat naik satu video memaklumkan kondisi keluarga yang sebahagiannya sedang dirawat kerana dijangkiti Covid-19.

Muat naik video di Instagram

Dalam video berbahasa Russia itu, Khabib memohon kepada seluruh pengikutnya agar mendoakan kesejahteraan mereka terutama sekali bapanya yang dilaporkan kritikal.

https://www.instagram.com/p/CAVwOsYASi-/

20 ahli keluarga positif covid-19

Dalam laporan yang diperoleh menerusi The Eagle, Khabib menyatakan menerusi video di Instagram bahawa hampir 20 orang ahli keluarganya telah dijangkiti Covid-19 dan sedang dalam rawatan.

Tambah Khabib lagi, bapanya Abdulmanap mengalami komplikasi jantung serius kerana pernah melakukan pembedahan kira-kira 2 tahun lalu dan Covid-19 telah memburukkan lagi keadaan tersebut.

Khabib yang berada di Dagestan ketika ini menyaksikan sendiri betapa bahayanya virus terbabit yang telah mengakibatkan lebih 20 orang ahli keluarganya mendapat pendemik itu.

Pohon doa dari semua

Sehubungan dengan itu, Khabib menyeru agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan kesejahteraan bapa serta seluruh insan yang dijangkiti pendemik ini.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak lekang mendoakan dan berharap agar Covid-19 lekas berakhir serta diberi bantuan kesihatan oleh Allah S.W.T.

Sumber : The Eagle, Khabib Nurmagomedov 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending