Connect with us

Inspirasi

Ubah Gudang Arak Jadi Akademi MMA, Bakti Khabib Disanjung Negara

Avatar

Published

on

Rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi dengan figura bernama Khabib Nurmagedov iaitu bintang seni bela campuran (MMA) dari Dagestan yang telah memegang beberapa kejuaran dunia dalam acara tersebut.

Kemasyhuran yang dikecapainya memang tidak dapat disangkal lagi kerana mampu memiliki apa sahaja memandangkan mempunyai kewangan yang mantap.

Sering lakukan kebaikan seperti ajaran agama

Namun semua itu tidak mengaburi mata Khabib yang tetap mengesakan Allah S.W.T dan memegang kukuh ajaran Islam.
Kita sering mendengar Khabib melakukan pelbagai kebaikkan dan berkongsi rezeki yang diperoleh untuk membantu saudara seagama serta membuat perkara yang bermanfaat.

Tukar gudang arak jadi akademik MMA

Oleh sebab itu, menerusi perkongsian daripada Sinar Harian, Khabib dikatakan telah membeli satu bekas gudang menyimpan arak yang dijadikan sebagai akademik MMA.
Akademik MMA tersebut sedang dalam fasa pengubahsuaian yang akan dilengkapi dengan tempat solat, sauna, ruang belajar, pejabat, empat latihan dan asrama kepada pelatih.

Bukan akademik biasa

Menurut bapa kepada Khabib, Abdulmanap yang juga merupakan jurulatih kepada atlet MMA itu, akademik tersebut bukanlah sekadar gim biasa kerana ia juga merupakan tempat belajar atau sekolah untuk para pelatih.

“Kami menerima pelatih seawal usia 6 tahun dan kami mengalu-alukan ibu bapa untuk bawa anak mereka ke sini.”

“Ini bukan gim biasa, ia juga sekolah. Kami akan melatih anak-anak mereka menjadi lelaki yang mampu mempertahankan negara pada masa depan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, menurut Abdulmanap, dia sendiri akan menjadi jurulatih disana selama tiga tahun sebelum bertindak sebagai penasihat untuk akademik MMA itu nanti.

Sumber : Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Trending