Connect with us

Infozon

Kesiannya! Banyak Restoran & Warung Ditutup, Kucing Lapar Merata Cari Makan

Sudah menjadi kebiasaan bagi kucing atau anjing mencari sisa makanan dengan berjalan di sekitar kawasan terutama di warung atau restoran bagi mengisi perut yang kelaparan.

Namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu, haiwan tersebut kehilangan sumber makanan akibat penutupan sesetengah premis perniagaan.

Walaupun terdapat juga premis yang dibuka, tetapi pelanggan dilarang makan di lokasi perniagaan dan hanya boleh membawa pulang bungkusan makanan (‘takeaway’).

Tiada lagi individu yang kebiasaannya menghulur sedikit makanan di bawah meja makanan, kini hanya menunggu atau terus mencari sehingga mati kebuluran.

Koleksi gambar haiwan tersebut dimuat naik di laman Twitter Bernama sehingga mengundang rasa simpati warganet dan berharap terdapat insan prihatin yang akan tampil membantu.

Tolong bantu!

Selamatkan mereka juga

Kesiannya tengok!

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending