WTF
Kesian Si Oyen! Kucing Ketakutan Dikasari & Dipukul Pemilik Sampai Terkencing

Kucing sememangnya haiwan yang disayangi ramai dan sering menjadi peneman hidup pemiliknya ketika kesunyian. Namun masih terdapat individu tidak berhati perut dengan si comel itu tanpa rasa belas kasihan.
Sebuah video tular di laman Twitter memaparkan seorang lelaki Singapura didakwa mendera seekor kucing yang dipercayai miliknya dengan ‘menggertak’ selain memukul dan mengangkat si comel tersebut.
Mohon buat laporan
Tonton video kejadian :
Setelah berada dalam situasi ketakutan, kucing berkenaan dilihat membuang air kecil di lokasi kejadian sekaligus menambah kemarahan pemiliknya.
Paparan skrin berdurasi 24 saat itu turut kedengaran suara seorang wanita dipercayai tukang rakam yang hanya melihat sambil ketawa tanpa menghalang tindakan tersebut.
Segelintir individu berpendapat bahawa perkara tersebut tidak sepatutnya dilakukan sekiranya bertujuan untuk bergurau kerana tindakan itu adalah cara yang salah dan menyebabkan trauma.
“Dia gurau je tu, pukul macam tu tak mati la!” – Netizen
Kesian si comel diperlakukan sebegitu rupa. Kalau peluk, cium & belai dengan manja okey lah. Ni nampak macam terseksa pula! Apa kata pencinta kucing semua?
Sumber : Twitter

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit