WTF
Kesan Tindakan Pembelian Panik, Troli Penuh Barang Berteraburan Di Pasar Raya

Sebelum pihak kerajaan mengeluarkan Perintah Kawalan Bergerak, terdapat berita palsu yang mengatakan bahawa Malaysia bakal melaksanakan arahan untuk lockdown di seluruh negara.
Disebabkan berita palsu tersebut, sebilangan rakyat Malaysia dilaporkan telah terpegaruh dan juga melakukan pembelian panik dikebanyakan pasar raya di serata Malaysia ini. Sehingga semalam, masih lagi ramai yang membuat pembelian panik atas dasar Perintah Kawalan Bergerak yang bermula pada hari ini (18 Mac 2020)
Tengok ni… kesan pembelian panik!
Di Twitter, seorang pemuda berkongsikan situasi yang dialami sebilangan pasar raya ketika pembelian panik dibuat oleh segelintir masyarakat sejak dua hari lalu.
Beberapa gambar telah dimuat naik dan memaparkan, sebilangan troli yang penuh diisi dengan barang ditinggalkan begitu oleh pembeli.
Ini adalah kerana, kebanyakan mereka tidak lagi larat untuk menunggu lama dan beratur untuk meneruskan pembayaran. Tanpa meletakkan semula barangan di tempat sepatutnya, mereka ini dikatakan terus balik tanpa rasa serba salah.
Lebih menyakitkan hati, kebanyakan barangan basah yang diambil dibiarkan membusuk dalam plastik dan menyebabkan kebanyakan barangan makanan sejuk beku rosak begitu sahaja.
Tindakan ini bukan sahaja menyebabkan pembaziran besar-besaran, malah akan menyusahkan pekerja-pekerja yang bertugas untuk menyusun semula barangan yang terbiar.
Sumber:

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit