WTF
Kesan Ketiadaan Pelancong, Moyet2 Di Thailand Bergaduh Rebut Makanan

Wabak coronavirus bukan sahaja menjejaskan kesihatan dunia, malah sektor perlancongan dan ekonomi negara-negara juga turut terlibat. Tempat-tempat yang seringkali menjadi tumpuan pelancong, kini dilihat lengang dan tidak meriah seperti dahulu.
Dalam tidak, perkara ini juga telah memberi kesan kepada hidupan liar yang hidup bergantung atas ihsan pelancong yang berkunjung tiba. Nasib ini telah dikaitkan dan dikatakan berlaku kepada segerombolan monyet-monyet di sekitar Thailand.
Menurut satu perkongsian di laman Twitter, monyet-monyet tersebut dipecahkan kepada dua kumpulan yang lain. Dua kumpulan ini bergaduh dan menyerang antara satu sama lain kerana berebut sumber makanan.
Kebiasaannya, monyet-monyet ini akan diberikan makanan oleh para pengunjung yang sering hadir di tempat berkenaan. Kini, monyet-monyet ini seakan-akan hilang tempat bergantung kerana kehadirian pengunjung sama ada dari dalam ataupun luar negara kian berkurang.
Malah, ada yang turut menyamakan situasi yang berlaku kepada monyet-monyet tersebut dan juga senario yang berlaku kepada penduduk dunia hari ini.
Ada juga yang berharap agar penduduk-penduduk tempatan akan tetap memberikan sedikit makanan kepada haiwan-haiwan liar itu meskipun tiada kedatangan yang pelancong.
Mereka juga merupakan benda yang bernyawa dan tidak sepatutnya dibiarkan tersiksa. Dalam keadaan genting seperti ini, kita tidak seharusnya mementingkan diri sendiri, bahkan sewajarnya menolong diantara satu sama lain.
Sumber: Twitter.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit