Infozon
Kes Positif COVID-19 Di Melaka Tiada Kaitan Dengan Kluster Sivagangga

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengesahkan bahawa satu kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Melaka semalam tidak mempunyai kaitan dengan kluster PUI (pesakit dalam siasatan) Sivagangga.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Dr Ismail Ali berkata pihaknya telah mengesahkan perkara itu dan punca sebenar jangkitan masih dalam siasatan.
Beliau berkata bagaimanapun, semua ahli keluarga dan kontak rapat kes telah melakukan ujian saringan COVID-19 dan diarah menjalani perintah kuarantin di rumah.
“Merujuk kepada pesanan ringkas yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp berkaitan makluman terdapat kes positif COVID-19 di Melaka berkait secara langsung dengan kluster PUI Sivagangga semalam adalah tidak benar.
“Ia disebarkan individu yang tidak dikenali dan tidak bertanggungjawab,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, tular di WhatsApp dakwaan bahawa kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Melaka mempunyai kaitan dengan kluster Sivagangga melibatkan seorang wanita tempatan berusia 33 tahun yang melakukan saringan di sebuah hospital swasta.
Mesej itu turut mendakwa wanita dari Bukit Katil tersebut baru pulang dari Kedah bersama keluarganya dan mempunyai kontak rapat dengan kluster berkenaan.
Mengulas lanjut, Dr Ismail menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat atau berita tidak sahih khususnya yang melibatkan COVID-19 bagi mengelak sebarang kegusaran atau panik dalam kalangan rakyat.
Beliau berkata maklumat sahih dan sebarang pertanyaan mengenai COVID-19 boleh diperoleh melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Melaka di talian 06-2356999/6851 atau e-mel [email protected].
Sumber: Bernama.

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit