Connect with us

Infozon

Kes Positif COVID-19 Di Indonesia Meningkat Kepada 115,056 & 5,388 Kematian

Kes positif COVID-19 di Indonesia meningkat kepada 115,056 kes, iaitu tambahan sebanyak 1,922 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 68,131 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.


Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 86 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,388 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 23,412 kes, diikuti Jakarta (23,026) dan selebihnya di 32 provinsi yang lain.

Provinsi Jawa Timur juga mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,781 orang, diikuti Jakarta (874), Jawa Tengah (665), Sulawesi Selatan (328) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Sumber: BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Trending