Connect with us

Infozon

Kes Haruan Makan Anak, antara Info yang Kau Perlu Tahu

Bukan saya tidak pernah jumpa kes begini bilamana anak-anak menjadi mangsa kepada nafsu serakah ahli keluarga sendiri. Bukan sahaja menjadi hamba seks tetapi mangsa penderaan seksual.

Antara pesanan saya pada ibu bapa diluar sana:

1. Dengar aduan anak

Sekiranya aduan berkaitan si polan sentuh kemaluan atau si polan duduk atas anak. Sila siasat. Kanak-kanak selalunya tidak akan buat cerita berkaitan seks.

Contohnya seorang kanak-kanak mengadu bapanya sering bermain-main dengan kemaluannya sebelum ‘memasukkan’ bebird. Rupanya anaknya menjadi lauk kepada si bapa.

2. Periksa kemaluan anak

Ambil masa untuk periksa kemaluan anak tidak kisah depan atau belakang. Lazimnya kanak-kanak akan mengadu sakit di bahagian tersebut. Jika ada lebam dimana-mana atau titisan darah dipantiesnya. Sila alert. Kemungkinan anak anda telah didera secara seksual.

Ada seorang kanak-kanak, sering mengadu sakit di kemaluan. Apabila pemeriksaan dilakukan rupanya kemaluannya kelihatan bengkak kerana dipukul oleh makciknya disana.

3. Jadi pendengar yang baik

Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Jangan abaikan aduan anak-anak. Aduan berkaitan disentuh di bahagian sulit sepatutnya diambil berat. Dunia kanak-kanak penuh dengan imaginasi tetapi bukan imaginasi seks.

4. Pendidikan seks

Anak-anak harus diajar tentang jantina mereka. Beri pesanan kepada mereka tentang siapa yang boleh menyentuh dan mandikan mereka. Siapa yang tidak boleh sentuh kawasan sensitif mereka saja-saja sahaja termasuk si bapa.

Ingatkan anak-anak untuk beritahu kita jika ada sesiapa terutama orang luar yang menyentuh peha, buah dada serta kemaluannya begitu sahaja.

Pedofile ada dimana-mana.

5. Tagih kepercayaan

Seandainya anak samada lelaki atau perempuan menunjukkan perubahan tingkahlaku mendadak seperti tiba-tiba memberontak, tidak mahu ke taska/asrama/sekolah atau tidak mahu bersemuka (atau membenci) seseorang tanpa ada sebab wajar, ibu bapa perlu cuba slow talk dengan anak tersebut.

Tagih kepercayaan anak-anak, lalu mereka akan menceritakan segala-galanya kepada kita.

Jururawat dan doktor di hospital selalu memainkan peranan sebagai pendengar yang baik kepada anak-anak ini. Bermain dengan psikologi membuatkan mereka menceritakan segalanya kepada kami tanpa khuatir perkara itu tersebar kepada awam. Kerana privasi pesakit adalah keutamaan kami.

Berhenti dari meletakkan salah kepada mereka. Mereka tidak pilih diperlakukan demikian.

Penjenayah seksual sering membuatkan anda/anak percaya kepadanya sebelum melakukan perbuatan sumbang.

Jika anak kita atau mana-mana kanak-kanak ada mengadu tentang perkara ini. Sebaiknya laporan dibuat. Untuk apa simpan manusia yang lebih binatang dari binatang itu?

Mangsa jenayah seksual boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira rupa. Pernah ada gadis oku dihamilkan oleh bapa tirinya.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending