Infozon
Kes Baharu COVID-19 Melonjak Di India, Henti Sementara Eksport Vaksin

India pada Khamis melaporkan jumlah jangkitan COVID-19 tertinggi dalam tempoh 24 jam untuk tahun ini, ketika laporan menyebut negara ini menghentikan sementara eksport vaksin.
Menurut data terkini Kementerian Kesihatan, India mencatatkan 53,476 jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 11.8 juta.
India, negara ketiga paling teruk terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat dan Brazil. Negeri Maharashtra, Punjab, Kerala, Karnataka, Chhattisgarh dan Gujarat menyumbang 80 peratus daripada kes baharu.
Maharashtra, melaporkan kes baharu harian tertinggi iaitu sebanyak 31,855, dan merupakan wilayah paling teruk diancam wabak COVID-19. Lebih 200 sampel dari Maharashtra dan New Delhi dikesan mempunyai varian baharu virus COVID-19.
Bagaimanapun, ahli epidemiologi menyatakan tiada bukti untuk mengaitkan varian baharu itu dengan lonjakan kes. Menerusi kempen vaksinasi menyaksikan lebih 53 juta dos vaksin telah disuntik dalam masa 68 hari.
Media tempatan melaporkan, India menghentikan sementara eksport vaksin COVID-19 Oxford-AstraZeneca, dihasilkan Institut Serum India (SII) untuk menampung keperluan dalam negara.
Sumber: Bernama

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit