Infozon
Kerja Tiada Duit Habis, Lelaki Sanggup Kutip Beras Bertaburan Di Atas Jalan

Perintah Kawalan Pergerakan yang berlangsung sejak 18 Mac 2020, menyaksikan sebahagian lapisan masyakat terjejas dan juga hilang punca pendapatan. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah warga asing juga turut diberi cuti sementara waktu dan lebih menyedihkan mereka ini tiada punca pendapatan dan hanya beriktihar hidup sepanjang PKP ini.
Di Twitter, seorang wanita berkongsikan sebuah foto yang telah menyentap hatinya sekaligus membuka mata orang ramai. Dalam foto berkenaan telah memaparkan seorang pekerja warga asing sedang mengutip beras yang bertaburan di atas jalan raya.
Warga asing yang kini tiada pendapatan tersebut mengaut kesemua butiran beras yang terjatuh tersebut ekoran plastik yang menampung beras tersebut telah berlubang.
“Takpa, saya balik cuci. Boleh makan lagi.” -Potongan ayat ini yang keluar daripada mulut warga asing berkenaan sekaligus telah membuatkan wanita itu berasa sayu.
Tambah wanita terbabit, warga asing itu kemudiannya telah diberikan bantuan bekalan makanan asas yang dihulurkan oleh insan yang prihatin dengan nasib mereka ini.
Menurut pemerhatian di ruangan komen, kejadian ini telah dikenal pasti berlaku sekitar kawasan Kampung Dock, Bukit Tengah Pulau Pinang. Ramai juga dilihat menzahirkan perasaan sayu terhadap nasib yang menimpa warga asing tersebut.
Sumber: Twitter.

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi12 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit