Connect with us

Inspirasi

Kerja Hotel Disangka Hidup Mewah, Hakikatnya Naif Sendirian

Bagi pekerja bidang perhotelan seperti tukang masak dan pelayan restoran, orang sekeliling pasti menganggap mereka menjalani kehidupan dalam keadaan serba mewah.

Walaupun ‘makan gaji’ di hotel bertaraf pelbagai bintang, tetapi hakikatnya tidak seperti yang disangka apabila melihat ‘disebalik tabir’ selepas mereka bekerja keras bagi memberikan layanan terbaik kepada pengunjung.

Seorang pengguna Facebook, Halim Jantan‎ berkongsi pendapatnya mengenai realiti sebenar pekerja hotel yang kadang kala terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi.

Lihatlah bagaimana pekerja berkorban segalanya. Walaupun bekerja di hotel berbintang-bintang tapi mereka tak makan di meja makan, tak duduk di kerusi empuk, mereka telah dididik untuk memberi keselesaan kepada orang lain walaupun diri mereka naif sendirian.

Apakah bos-bos semua tidak nampak hal ini? Dalam kepayahan mencari rezeki yang halal, tidak ada orang nak ambil tahu susah senang mereka. Yang majikan tahu memaki hamun pekerja kalau pengunjung buat aduan.
Tahukah kalian dalam 100 orang manusia punya 100 citarasa berbeza? Apakah kalian fikir 100 hidangan mesti mendapat 100 pujian? Tiada aduan? Come on lah. Uruslah dengan humaniti bukan dengan authoriti.

Sumber : Halim Jantan

Continue Reading
Advertisement

Trending