Berita
Kereta Honda Civic Type R Pelancong Singapura Hilang Dicuri Ketika Bercuti Di Genting Highland

Kereta Honda Civic Type R, Sedan milik seorang pelancong Singapura bernama Damien dilaporkan hilang selepas dicuri di tempat letak kereta SkyAvenue, sebuah pusat beli-belah di Resorts World Genting, pada 16 Julai lalu.
Difahamkan, Damien dan teman wanitanya telah bergerak ke Genting untuk bercuti bersama enam rakan yang lain dari 15 hingga 17 Julai dan meletakkan kenderaan mewahnya itu di tempat letak kereta SkyAvenue sebaik sahaja tiba di First World Hotel waktu tengah hari pada 15 Julai.
Bagaimanapun, pada keesokkan harinya, ketika Damien berhasrat untuk keluar makan malam bersama rakan yang lain, dia menyedari kenderaan kesayangannya itu sudah tidak berada di tempat letak kereta yang diletakkan sebelum ini.
Setelah dua jam gagal mencari kereta itu, Damien dan rakan-rakannya bertindak melaporkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan First World Hotel dan juga pihak polis bagi membantu mengesan kenderaan tersebut.
Menerusi pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup, CCTV yang dilakukan oleh pihak berkuasa mendapati, kereta milik Damien telah dipandu oleh seseorang individu dengan menuruni gunung Genting Highlands pada kira-kira 2.00 pagi pada 16 Julai.
Tegas Damien, setiap pintu keretanya itu telah dikunci sebelum ditinggalkan namun, daripada rakaman kamera tertutup yang dilihat, tiada kesan yang menunjukkan tanda keretanya dipecah masuk sebaliknya kesemua pintu dan tingkap masih dalam keadaan baik.
Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan kembali kereta tersebut masih giat dijalankan dan Damien berharap insiden ini akan memberi pengajaran kepada pelancong di luar sana untuk lebih berhati-hati.
Sumber: Mothership, Facebook (SG Road Vigilante)
-
Buzz4 weeks lepas
Ghairah Cium Bakal Isteri, Lelaki Ini Ditampar Ketika Majlis Pertunangan
-
Semasa4 weeks lepas
Terus Masuk Ke Akaun Peribadi, Cara Pengurusan Wang Sumbangan Uncle Kentang Dipertikai
-
Buzz4 weeks lepas
Doktor Pakar Bius Kantoi Masukkan Kemaluan Dalam Mulut Pesakit Ketika Pembedahan Czer Berlangsung
-
Berita1 month lepas
Buang Gaya Hidup, Sedia Hadapi Kemelesetan Ekonomi, Wartawan Senior Saran Simpan RM400 Mulai Sekarang
-
Berita1 month lepas
Berlambak Dijual Di Golok, Thailand, Penyeludup Minyak Masak Subsidi Kaya Raya
-
Hiburan1 month lepas
Pemuda Ini Belanja Tiket Filem Mat Kilau Untuk Anak Tahfiz, Satu Panggung Penuh Dengan Kopiah Putih!
-
Hiburan1 month lepas
Nas Daily Kantoi Maki “Fu*k Israel, Kali Ini Sempat Dirakam Kamera
-
Berita4 weeks lepas
Fenomena ‘Supermoon’ Dijangka Akan Berlaku Jam 5.09 Petang Ini
Facebook Comments