WTF
Kerap Minum Boba Tea, Remaja 16 Tahun Hampir Mati Akibat Diabetis

Minuman ‘boba tea’ atau ‘bubble tea’ tidak asing lagi dengan masyarakat kita pada hari ini. Ada di kalangan kita yang sanggup membeli minuman tersebut setiap hari dan tidak memikirkan kesan sampingan di masa akan datang.
Menurut sumber, seorang remaja lelaki di China disahkan menghidap penyakit darah tinggi lebih daripada kadar biasa kerana bubble tea.
Xiao Ying, 16, mengalami tanda apabila beliau mula merasa haus yang luar biasa, lesu dan juga mual.
Beliau dikejarkan ke bilik kecemasan di hospital berhampiran rumahnya setelah tidak sedarkan diri.
20 kali ganda lebih tinggi…
Setelah pemeriksaan, doktor mendapati kandungan gula dalam darah Xiao adalah sangat tinggi di mana 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar manusia biasa.
Tambahan, Xiao memiliki berat 100 kg dan menghidap penyakit diabetic ketoacidosisĀ (kencing manis).
Ibubapa Xiao berkata, anak mereka sering minum teh susu (milk tea), soda, makanan ringan dan juga bergoreng setiap hari.
Hampir meragut nyawa
Remaja tersebut ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana keadaannya yang teruk.
Doktor memberitahu, disebabkan diet yang tidak dijaga dengan betul, Xiao mengalami pelbagai komplikasi di mana berat badannya naik secara mendadak.
“Keadaan kesihatan Xiao sangat teruk dan penyakit kencing manisnya juga sangat sukar dirawat” – Doktor
Pada usia yang sangat muda, Xiao kini mengalami penyakit Diabitis Tahap 2.
Xiao berkata, beliau akan mula mengamalkan cara hidup yang sihat dan menjaga pemakanannya dengan betul.
Sumber: NextShark

-
WOW12 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon12 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi11 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF12 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit