WTF
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
Sudah sering kali terdengar berita-berita mengenai penindasan kepada kaum muslim Uighur di tanah besar China. Paling perit untuk diterima, apabila kaum Uighur ini tidak dibenarkan untuk mengamalkan agama dan ajaran islam.
Jenis penindasan terhadap kaum Uighur adalah boleh dikatagorikan sebagai tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Disiksa, dikurung dan dibiarkan kelaparan adalah layanan yang biasa diterima oleh kaum serta etnik minoriti di sana.
Ambil dan jual organ!
Majlis Hak Asasi Manusia, PBB telah melaporkan bahawa kerajaan China telah mengambil dan menjual organ-organ manusia dari kalangan etnik dan kaum manoriti di negara mereka.
Wakil peguam berkata, perkara ini telah disahkan sendiri oleh mahkamah China, setelah beberapa siasatan, risikan, saksi serta bukti telah dijumpai.
Banyak bukti yang jelas…
Mahkamah China turut menampilkan bukti perbuatan kejam kerajaan China terhadap penganut agama Falun Gong, dimana organ mereka diambil secara paksa, yang masih berlarutan sejak 20 tahun lalu.
Bukti tersebut turut menyatakan bahawa, nasib yang sama telah menimpa tahanan muslim Uighur, penganut Kristian dan etnik Tibetan.
Kerajaan China menafikan…
Pertuduhan yang dibuat oleh Mahkamah China tersebut dinafikan dan ditentang sepenuhnya oleh kerajaan China. Kerajaan China dikatakan mengambil organ-organ tersebut secara paksa dan dijangkakan meraih keuntungan sebanyak RM 4 bilion setahun.
Sekali lagi, kerajaan China telah menafikan tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa mereka sudah menghentikan aktiviti pengambilan organ-organ daripada tahanan dan banduan dari tahun 2015 lagi.
Kerajaan China juga menyifatkan, tuduhan mahkamah China yang bertapak di London itu adalah merupakan satu khabar angin yang tidak berasas.
Sumber: Independent UK.

- WTF5 months ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
- WTF5 months ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
- Inspirasi3 months ago
Foto Ayah2 Gigih Angkut Barang Anak Daftar Masuk Universiti, Bikin Ramai Jadi Tersentuh
- WOW3 months ago
Tular Suka Makan Sabun, Kini Dicemburui Ramai Dapat Pakwe Mat Salleh
- Infozon3 months ago
Dunia Akan Bergelap Selama 40 Hari, Gejala Jerebu Ingatkan Tentang Peristiwa ‘Dukhon’
- Inspirasi6 months ago
Sangat Terpuji, Pemandu Van DHL Gendong Warga Emas Melintas Jalan
- Infozon4 months ago
Tanda-Tanda Awal Suami Curang Bermula Dari Mimpi
- Inspirasi2 months ago
Kerja Hotel Disangka Hidup Mewah, Hakikatnya Naif Sendirian