Connect with us

WTF

China Dakwa Bakal Olah & Tulis Semula Al-Quran Serta Kitab Bible Ikut Prinsip Mereka

Walaupun isu kaum Uighur kini semakin mendapat perhatian oleh dan juga telah pertahankan oleh bintang-bintang terkemuka dunia, tetapi China dilihat seperti tidak goyah dengan gertakan atau juga himpunan yang telah dibuat oleh kebanyakan negara

Belum reda dengan isu kezaliman dan juga penindasan terhadap kaum Uighur, kini negara China telah mengeluarkan sebuah kenyataan yang mendakwa pihak mereka bakal mengolah semula kitab-kitab agama mengikut pegangan mereka.

‘Cerminkan nilai-nilai sosialis’

Negara China dikhabarkan bakal menulis semula Al-Quran, Bible dan juga kitab-kitab agama lain bagi mencerminkan nilai-nilai sosialis. Bahkan, edisi baru itu juga dikatakan tidak boleh mengandungi apa-apa kandungan yang bertentangan dengan kepercayaan mereka (Parti Komunis)

Malah, jika terdapat kesalahan dalam setiap perenggan yang bakal disemak oleh penapis, ia bakal digubal dan dipinda semula.

Pihak berkuasa agama perlu ikut arahan!

Perintah ini telah disuarakan pada bulan November lalu, semasa mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Etnik dan Agama Jawatankuasa Nasional Persidangan Perundingan Politik Rakyat China. Perkara telah diarahkan oleh Presiden negara China, yang mahukan sistem keagamaan yang bercirikan Cina serta mengikut nilai teras Sosialisme .

 

Walaupun nama kitab Bible dan Quran tidak disebut secara terangan, namun parti itu meminta ‘penilaian komprehensif mengenai klasik agama sedia ada yang bertujuan untuk kandungan yang tidak sesuai dengan kemajuan zaman’.

Mereka juga mendakwa bahawa dengan ‘menilai semula’ buku-buku agama, mereka akan menghalang ‘pemikiran melampau’ dan ‘idea-idea heretis’ daripada mengikis negara.

Sumber: Suara merdeka.

Continue Reading
Advertisement

Trending