Connect with us

Infozon

Kerah Kudrat Cari Rezeki, Atuk 86 Tahun Jual Bakso Tengah Malam

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Peribahasa itu sering kita dengar apabila melihat kesusahan orang lain dalam meneruskan kehidupan.

Tidak semua insan dilahirkan dalam keadaan senang dan tidak semua merasa diberi ujian bagi menguatkan lagi fizikal serta mental dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Malam2 masih kerah kudrat

Hal ini samalah seperti perkongsian yang diperoleh daripada Twitter yang memperlihatkan seorang warga emas berusia 86 tahun masih gigih menjual bakso walaupun hari sudah semakin gelap.

 

Nampak letih dan tua

Jelas kelihatan wajah letih berniaga diusia emas itu yang terpaksa mencari rezeki demi menampung keperluan hidup.

Walaupun perkongsian tersebut diperoleh daripada negara Indonesia, ia sedikit sebanyak menyentuh hati warganet disebabkan kecekalan lelaki tua itu.

Jual semangkuk RM3.00

Dengan kereta tolaknya, dia telah berniaga disekeliling kawasan tumpuan bagi melariskan jualan bakso tersebut. Dengan harga 10,000 rupiah semangkuk iaitu kira-kira RM3.00, orang ramai dapat menikmati bakso jualannya.

Tambah pengguna twitter itu lagi, lelaki tua itu masih gigih berniaga sehingga larut malam walaupun keadaan diri yang sudah uzur. Menerusi perkongsian tersebut, dapat kita simpulkan bahawa setiap insan memerlukan pendapatan untuk kelangsungan hidup.

Tidak kira tua ataupun yang muda, jika keadaan mendesak, kemampuan bukan lagi alasan untuk mencari rezeki bagi menyuap nasi ke mulut.

Sumber : Alice

 

 

Continue Reading
Advertisement

Trending