Inspirasi
Keputusan SPM Abam Dipenuhi D & E , Tapi Peribadi Arwah Tetap Gred ‘A’

Berikutan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 yang diumumkan minggu lalu, pelbagai kisah kejayaan dikongsi para pelajar yang mendapat deretan gred ‘A’ dalam mata pelajaran.
Namun perkara itu bukan penamat bagi mereka yang meraih keputusan kurang memuaskan dalam akademi kerana perjalanan hidup masih lagi jauh untuk diteruskan.
Sebagai contoh, pelawak Allahyarham Abam Bocey pernah memuat naik sebuah posting pada 2018 bagi mengimbau kembali keputusan SPM yang diperolehinya ketika remaja dahulu.
https://www.instagram.com/p/BqEr5hDlDrV/?utm_source=ig_embed
Tanpa segan silu, Allahyarham yang bersekolah di Sekolah Menengah Teknik ERT Setapak berkongsi keputusan tersebut yang menunjukkan tiada gred ‘A’ dalam senarai lapan jenis mata pelajaran yang diambilnya.
“Tengok SPM korang berapa. Kita takdelah pandai sangat akademik ni tapi praktikal untuk hidup adalah. Pelajar majoriti perempuan,” tulisnya.
Subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik, Pengurusan Makanan, Fizik dan Kimia itu hanya dipenuhi dengan gred B, C, D dan E.
Walaupun begitu, arwah Abam berjaya membuktikan bahawa beliau tidak terus ‘jatuh’ dan gagal dalam kehidupan sebaliknya bangkit mencari peluang demi kelangsungan hidup serta membahagiakan keluarganya.
Sumber : Instagram

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit