Connect with us

WTF

Kepala Rompong Dipukul Dengan Kayu Besbol, Si Pelaku Hanya Dipenjara 72 Hari

Sesiapa sahaja pasti akan berasa sangat sedih apabila ahli keluarga menimpa musibah yang tidak disangka-sangka. Lebih-lebih lagi, melibatkan perbuatan khianat dan jenayah terhadap diri mereka, sampai nyawa habis tergadai.

Seorang lelaki telah kehilangan hampir separuh tempurung kepalanya akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab seorang individu. Dia dikatakan telah dipukul dengan menggunakan batang kayu besbol semasa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

Tengkorak kepala terpaksa dibuang!

Bapa kepada dua orang anak ini telah terpaksa dibuang tengkorak kepala belah kirinya akibat hentakan yang kuat dan tulangnya hampir hancur. Dia juga dikatakan telah koma dalam jangka masa yang panjang, disebabkan insiden yang menimpa dirinya itu.

Kepala hilang hampir separuh…

Disebabkan kejadian ini, dia juga telah kehilangan hampir separuh kepalanya dan juga disahkan menderita sindrom otak ke dalam (suken). Dia kini hanya bergantung kepada kepingan logam sebagai ganti kepada tempurung kepala yang telah dibuang bagi melindungi otaknya itu.

Tak puas hati dengan keputusan mahkamah!

Ahli keluarga kepada lelaki berkenaan meluahkan rasa sedih dan juga tidak berpuas hati, apabila penyerang berkenaan hanya diberikan hukum ringan iaitu penjara selama 72 hari sahaja. Disebabkan mereka semua tidak dapat membuktikan kesahihan kejadian berkenaan, si pelaku hanya dihukum ringan.

Namun, pakar perubatan menyatakan  bahawa ada kemungkinan dia telah dipukul dengan objek keras seperti kayu besbol. Bahkan, kecederaan tersebut bukan disebabkan oleh satu tumbukan sahaja.

Semoga kejadian yang menimpa bapa kepada dua orang anak ini dapat pembelaan dan keadilan semula. Biarkan pelaku mendapat hukuman setimpal dari perbuatannya sendiri.

Sumber: MetroUK.

Continue Reading
Advertisement

Trending