Infozon
Kenapa Perlu Kita Tekan Punat Kecil Ini Semasa Tarik Brek Tangan? Ini Sebabnya…

Setelah anda selesai membetulkan kereta di petak parking, dan meletakkannya pada gear parking atau natural, perkara terakhir yang perlu dibuat adalah menarik hand brake.
Di sini timbul sedikit kecelaruan sama ada perlu atau tidak kita menekan punat di bahagian depan hand brake untuk menarik brek.
Kecelaruan ini mungkin juga timbul disebabkan ada ‘kata-kata’ orang yang mengatakan jika tidak menekan punat itu, hand brake akan cepat rosak. Atau ada juga yang takut dengan bunyi ‘kreeekkkk’ pada hand brake ketika ditarik kerana dikhuatiri hand brake akan haus.
Jason Fenske dari chanel Youtube Engineering Explained memberikan jawapan kepada persoalan ini dan penjelasan teknikal disebalik jawapan itu.
Perlu tekan atau tidak?
Jawapan yang diberikan oleh Fenske adalah tidak perlu tekan. Tetapi tidak salah untuk menekan kerana ia tidak memberi apa-apa kesan buruk kepada hand brake. Namun dengan tidak menekan punat itu, akan ada bunyi ‘kreeekkk’ yang boleh memberi ‘feedback’ kepada pemandu ketika menarik hand brake.
Penjelasan teknikal
Menurut Fenske, sistem hand brake sangat mudah. Punat di hand brake dicipta hanya ketika untuk menjatuhkan hand brake sahaja.
Apabila punat tidak ditekan, satu komponen besi akan mencengkam satu komponen bergerigi yang dikenali sebagai Ratchet Segment. Jika punat ditekan, besi yang mencengkam Ratchet Segment itu akan dilepaskan.
Keadaan hand brake ketika punat tidak ditekan
Keadaan hand brake ketika punat ditekan.
Adakah ratchet segment itu akan haus jika selalu tidak tekan punat ketika tarik handbrake?
Menjawab persoalan ini, Fenske menjelaskan faktor paling utama yang menyebabkan haus adalah haba. Komponen yang banyak menghasilkan haba akan cepat haus. Seperti contoh, brake pad yang menghasilkan geseran untuk memberhentikan tayar kereta yang berputar pada kelajuan yang tinggi.
Brake pad
Jadi, dalam kes hand brake, kesan hausnya amat halus sekali dan Fenske menyifatkannya dengan berkata “kereta tak boleh pakai langsung baru hand brake haus”.
Dengan mengetahui penjelasan teknikal di sebalik sistem hand brake, kami yakin anda akan boleh menarik hand brake kereta anda dengan lebih yakin!

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit