Infozon
Kenapa Ada 4 Mazhab Dalam Islam?

Umum mengetahui di Malaysia, sejak dari kita dibangku pengajian awal agama lagi, kita telah diberitahu bahawa mazhab Sayfie adalah pegangan utama di negara ini.
Sungguhpun begitu, kita juga turut diberitahu terdapat 3 lagi mazhab di dunia ini yang diamalkan umat Islam.
Umum mengethaui Islam terbahagia kepada 4 mazhab yang mutlak iaitu:
- Mazhab Syafie
- Mazhab Hanbali
- Mazhab Maliki
- Mazhab Hanafi
Kesemua mazhab ini adalah sama berlandaskan pegangan Islam dan tiada tokok tambahnya.
- Apakah perbezaan keempat-empat mazhab ini?
- Kenapa tidak satu sahaja mazhab?
- Kenapa mesti empat mazhab?
Pencerahnnya ialah mazhab berbeza dari segi feqah sahaja dan tidak sama sekali dari segi akidah.
Feqah adalah cara kita melakukan sesuatu ibadat sepertimana hukum untuk menunaikan solat, mengambil wudhuk dan sebagainya.
Sungguhpun begitu keempat-empat mazhab diatas adalah sama dari segi rukun iaitu solat wajib adalah 5 waktu sehari.
Manakala dari segi pegangan akidahnya pula adalah sama iaitu satu Tuhan dan satu Rasul S.A.W.
Salah satu faktor pecahan mazhab adalah kerana mengikut tempat dan geografi.
Contoh yang papling dekat adalah mazhab Syafie diamalkan di Malaysia.
Mazhab Hanafi diamalkan di negara timur tengah seperti Iraq.
Ironinya, perbezaan kedudukan geografi itulah menunjukkan pegangan mazhab perlu dilaksanakan.
Perbincangan tentang mazhab
Berdasarkan mazhab Syafie di dalam rukun sembahyang adalah tidak dibenarkan seseorang itu ketika dalam sembahnyangnya bergerak 3 kali secara berturut-turut.
Manakala 3 lagi mazhab membenarkannya.
Untuk pengetahun pembaca, jika anda menunaikan fardhu haji di Mekah, mazhab Syafie tidak perlu diamalkan lagi.
Mengikut pada logiknya ialah, dengan dikelilingi ribuan manusia yang berhimpit-himpit di Mekah, maka agak sukar untuk anda statik pada kedudukan asal dalam melakukan solat.
Kesimpulan
Mazhab bukanlah pecahan agama, ia lebih kepada perbezaan pendapat yang dibincangkan oleh para ulamak untuk mencari jalan penyelasaian dalam sesuatu perdebatan mengenai rukun agama.
Ia dibincangkan untuk mengatasi masalah-masalah seperti diatas. Perbezaan pendapat perlu diterima bersesuai dengan situasi semasa.
Ada juga persoalan dimana bolehkah kita mengamalkan mazhab lain?
Dalam konteks ini ia diistilahkan sebagai talkin(menyempurnakan mazhab).
Jawapannya adalah tidak boleh sama sekali, melainkan:
- Seseorang itu telah mendalami dan arif sepenuhnya keempat-empat mazhab ini.
- Seseorang itu telah berhijrah atau berkunjung ke tempat yang mengamalkan mazhab lain.
Sungguhpun begitu, dia arif dengan kesemua mazhab diatas, adalah dinasihatkan supaya terus kekal dan konsisten dengan berpegang pada satu mazhab sahaja.
Contohilah Imam Al-Ghazali walaupun arif dengan kesemua mazhab, beliau tetap berpegang pada satu mazhab iaitu mazhab Syafie.
Sekali lagi diingatkan, mazhab bukanlah perbezaan agama, ia sebagai medium dalam memudahkan penganut agam Islam itu dalam menajalni ibadah sebagai mendekatkan diri dan mendapat kerdhaan dariNya.
Mazhab adalah penting dalam memberi umat Islam pemahaman mengenai nas-nas agama. Mazhab bukan pecahan di dalam agama ISLAM
Sumber : HarianBlogger.Com

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit