Connect with us

Inspirasi

“Kenangan Ni Hingga Hujung Nyawa…” – Foto Frontliner Gendong Makcik Cina Cetus Hiba

Bertuah rasanya kita di Malaysia ini, mempunyai para petugas barisan hadapan yang sangat dedikasi dan komited dalam menjalankan tugas dan bakti buat negara.

Tanpa mereka siapa yang akan merawat pesakit covid-19 disebabkan kerja-kerja yang dilakukan mereka sangat berisiko ini membuatkan netizen kagum.

Gigi gendong untie tua

Seperti gambar yang dikongsikan oleh petugas KKM, Mastura Maznor, memaparkan dia bersama rakan sepasukan mengiringi seorang wanita warga emas berbangsa Cina.

Biar gambar berbicara.Simpan kenangan hg hujung nyawaku nanti.Berbaktilh selagi boleh.. tatkala ak xlrt tuk mendukung…

Posted by Mastura Maznor on Tuesday, May 5, 2020

Di dalam entri Mastura, dia terharu melihat tindakan murni rakan sekerjanya yang dikenali sebagai Shahir Razali, sanggup menggendong warga emas tersebut di belakangnya.

Panas & berpuasa tetap komited

Jelas kelihatan dengan cuaca yang panas ditambah pula sedang berpuasa, kedua-dua mereka tetap gigih mahu membantu warga emas itu.

Kita saling memerlukan

Melihat kecekalan dan pengorbanan dua petugas ini, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat sifat murni dan dedikasi mereka dalam menjalankan tugas.

Semoga Covid-19 segera berakhir dan para petugas dapat berehat dan meluangkan masa bersama keluarga masing-masing setelah penat bekerja.

Sumber : Mastura Maznor & Shahir Razali

Continue Reading
Advertisement

Trending