Connect with us

Infozon

Kenali Nur Dhabitah Sabri Penerjun Negara Yang Menjadi Tumpuan Peminat Lelaki

Senyumannya tidak pernah lekang dari wajahnya yang manis. Biarpun air mata menghiasi pipinya sewaktu sesi temubual bersama Astro Arena semalam, Nur Dhabitah Sabri tetap mempamerkan senyumannya yang ceria.

 

 

“Saya menangis bukan sebab sedih tidak menang tetapi kerana saya bangga dengan diri saya” ujar beliau yang menceritakan serba sedikit perkara yang dialami sebelum menyertai kejohanan Olimpik Tokyo.

 

Advertisement

 

Memiliki potensi yang besar walaupun bertubuh genit, sememangnya Nur Dhabitah menjadi kesayangan rakyat Malaysia lebih-lebih lagi dengan prestasinya yang konsisten dan hebat.

Gadis berusia 22 tahun yang baru sahaja menyambut kelahirannya pada 12 Julai lepas ini menunjukkan peningkatan dalam aksi final 3 meter papan anjal dan berjaya menduduki tempat keempat.

Anak bongsu daripada empat adik beradik ini juga pernah memenangi pingat gangsa bersama pasangan penerjun Pandalela Rinong pada kejohanan Sukan Komanwel 2014 di Glasgow. Ini adalah penampilan Olimpik keduanya selepas Rio 2016 dengan 10 meter papan anjal.

 

Advertisement

Sukan ekstrem seperti parkour dan trampolin menjadi kegemaran Nur Dhabitah dalam mengisi masa lapangnya. Sebagai peminat Kpop, beliau meminati kumpulan BigBang, Blackpink dan 2NE1 selain gemar mengikuti program The Running Man.

“Perjalanan saya makin jauh, walaupun tidak berjaya membawa pulang medal tapi tetap akan bawa pulang sesuatu iaitu pengalaman”

Sumber: Astro Arena, Gempak, WeirdKaya, @dhabitah_sabri

Continue Reading
Advertisement

Trending