Infozon
Kenali Dr Maszlee Malik yang Dipilih oleh Tun M, dari Pensyarah Menjadi Menteri Pendidikan

Namanya kurang dikenali dan tidak segah seperti ahli akademik yang lain, mungkin kerana kurang publisiti serta sibuk dengan kerjayanya. Namun nama Dr Maszlee Malik tiba-tiba menjadi sebutan oleh rakyat di negara ini.
Anggota Parlimen Simpang Renggam itu menjadi tumpuan apabila dilantik menjadi Menteri Pendidikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad setelah mengumumkan barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH).
Biodata Dr Maszlee
Beliau yang berusia 44 tahun telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR) (2) dan kemudiannya ke Maktab Sultan Abu Bakar (English College).
Dilahirkan di Johor Bahru, beliau kemudian menyertai Madrasah al-Quran Waddin dan seterusnya ke Maahad Johor.
Lulusan luar negara
Setelah itu permusafiran ilmu dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh dilanjutkan menerusi ijazah sarjana muda dari Universiti Al al- Bayt, Jordan dan ijazah sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2007 pula, beliau melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011.
Kini, beliau merupakan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Mac lalu.
Pencapaian & penglibatan
Bukan itu sahaja, beliau juga terlibat secara aktif dengan dengan menjadi ahli pertubuhan-pertubuhan seperti :
Ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)
Ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia
Beliau juga merupakan penasihat ahli lembaga kepada beberapa NGO dan badan pendidikan seperti :
Teaching for the Needs (TFTN)
Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (ORKIDS)
Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre
Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin
Penaung Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia
Menurut laporan BERNAMA, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) mengalu-alukan pelantikan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dan menyifatkan beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan.
Sumber : Telaga Biru , Berita Harian , BERNAMA

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit