Connect with us

Inspirasi

Kena Buli Sebab Gigi Buruk, Gadis Kongsi Perubahan Bikin Ramai Terpegun

Lumrah manusia, sentiasa suka nak melihat dan mempertikaikan kekurangan fizikal orang lain. Jika tidak sedap dipandang mata, maka kata-kata hinaan yang keluar di mulut.

Seorang gadis menerusi Twitter dengan nama akaun Farah. N telah menceritakan pengalaman hidupnya yang pernah menjadi mangsa buli hanya disebabkan dia mempunyai gigi yang tidak teratur dan secantik orang lain.

Kena ejek sebab gigi buruk

Bertekad untuk tidak mahu lagi menjadi mangsa kutukan, Farah menerusi tweet telah berkongsi perubahan diri sehingga ramai yang begitu terpegun apabila giginya sudah cantik dan teratur setelah memakai pendakap gigi.

https://twitter.com/faithsug3r_/status/1250741735853920258?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1250741735853920258&ref_url=https%3A%2F%2Fkisahdunia.com%2Fvideo-sering-diejek-sebab-gigi-gadis-tunjuk-perubahannya-buat-ramai-terpegun%2F

Sebelum dan selepas senyuman tetap cantik

Tweet tersebut yang kini sudah mencecah 7 ribu retweet dan 20 ribu tanda suka, mendapat pelbagai reaksi netizen yang bangga dengan keyakinan dan perubahan Farah.

Mesti sakit gila gigi kena tarik

Aww cantiknya awak sekarang

Memang pedih apabila fizikal kita menjadi bahan hinaan orang lain, betul orang kata beauty is pain, tapi kesakitan sebenar adalah pandangan rendah orang lain terhadap kita. Tahniah Farah, semoga terus yakin dengan diri sendiri.

Sumber : Farah N

Continue Reading
Advertisement

Trending