Connect with us

Infozon

Kembar Paling Cantik Di Dunia Mencari Penderma Sum2 Tulang Untuk Bapa Mereka

Pasangan kembar perempuan Clement yang berusia sembilan tahun telah memasuki dunia permodelan ketika berusia tujuh tahun dan mempunyai jutaan pengikut apabila ibu mereka, Jacqui membuat akaun Instagram mereka pada tahun 2017.

Kini, pasangan kembar seiras yang paling cantik di dunia dikenali sebagai Ava dan Leah menggunakan status mereka untuk mencari penderma sum sum tulang demi bapa mereka.

Kevin Clements sedang melawan kanser yang jarang dijumpai dan berbahaya atau dikenali sebagaiĀ T-cell acute lymphoblastic leukemia/lymphoma.

Leah memberitahu Inside Edition bahawa ramai orang mengenali mereka malah Ava juga mengatakan yang mereka boleh menularkan kisah ini kepada orang ramai melalui Instagram.

Menurut mereka, mencari sum sum tulang yang sesuai bukan satu perkara yang mudah kerana mereka harus mencari penderma luar.

Kevin menyatakan bahawa kempen yang dilakukan oleh isteri dan anak-anaknya dia Instagram banyak membantu dalam menghadapi penyakit kansernya.

“Ramai yang prihatin terhadap saya di luar sana. Saya banyak mendapat pesanan, panggilan dan e-mail daripada orang yang telah lama saya tidak berhubung sejak kolej lagi,” katanya.

Kembar itu memberitahu bahawa bapanya dibenarkan pulang ke rumah kerana mereka telah mendapatkan penderma yang sesuai.

“Ayah kami akan melakukan pemindahan sum sum tulang pada 17 Januari dengan menggunakan tulang abangnya yang separuh sesuai” kata mereka.

Sumber : The Epoch Times

Continue Reading
Advertisement

Trending