Connect with us

WTF

Kematian Seekor Ayam Diratapi, Tuan Siap Buat Majlis Pengebumian

Memang tidak dapat dinafikan, menjadi sesuatu yang amat menyedihkan apabila haiwan peliharaan yang telah kita jaga akhirnya mati.

Seperti yang terjadi di Thailand, tuan kepada seekor ayam telah menjalankan upacara pengebumian untuk haiwan peliharaannya yang telah mati.

Perginya seekor ayam…

Difahamkan, haiwan tersebut terkorban dalam satu acara pertandingan sambung ayam. Mungkin kerana terlalu sedih, tuan ayam itu mengadakan majlis pengebumian secara besar-besaran.

Ramai datang bagi penghormatan terakhir

Berdasarkan gambar yang dikongsi, dapat kita lihat begitu bermakna sekali ayam berkenaan, sehinggakan ramai yang hadir ke majlis pengebumian haiwan tersebut.

Walaupun hanyalah seekor ayam, tetapi sudah pasti ayam ini telah menjadi kebanggaan pemiliknya. Justeru, jika benar-benar kasihkan haiwan, hentilah mengadakan acara berbahaya seperti pertandingan sabung ayam ini.

Advertisement

Sumber : SAYA ORANG SABAH

Continue Reading
Advertisement

Trending