WTF
Kematian Pramugari: Polis Klasifikasi ‘Kes Selesai’, Keluarga Tak Puas Hati Gesa Siasat Semula

Berikutan kes seorang pramugari jelita Filipina yang dilaporkan dirogol dan dibunuh sebelum ini, kes tersebut dilaporkan telah ‘ditutup’ oleh pihak polis dan punca kematiannya disahkan sebagai ‘ruptured aortic aneurysm’, lapor CNN Philippines.
Bagaimanapun, fakta yang menyelubungi kes kejadian Christine Dacera tersebut masih agak ‘kabur’ dan ‘samar-samar’.
Berdasarkan artikel yang ditulis oleh Rappler, orang ramai tidak puas hati dengan pihak polis Filipina kerana mengeluarkan laporan yang tidak lengkap berkenaan kes tersebut apabila mereka memaklumkan Dacera sebagai mangsa rogol dan bunuh.
Bukan itu sahaja, selepas mereka menahan tiga orang suspek bagi membantu siasatan kes, pihak polis telah mengisytiharkan kes berkenaan telah selesai atau ditutup, tanpa memberi sebarang penjelasan lanjut mengenai kematian Dacera.
Sedangkan, ramai suspek yang masih belum ditemui dan masih bebas tanpa siasatan.
Beberapa hari kemudian, warganet mula mempersoalkan tentang kes tersebut dan membuat pelbagai spekulasi berkenaan kematian gadis berusia 23 tahun itu. Dengan itu bemulalah tokok tambah tentang punca kematian Dacera berkisar di ruangan media sosial.
Menurut artikel itu lagi, pihaknya menyemak laporan polis untuk mengesan apa yang mencetuskan kekeliruan tersebut, apa yang telah disiasat dan apa yang masih tidak jelas. Mari baca selanjutnya di bawah.
Permulaan insiden
Berdasarkan laporan awal pihak polis, kali terakhir Dacera dilihat berada di tempat awam adalah pada 31 Disember 2020, sewaktu dia ‘check in’ di City Garden Hotel, Makati City bersama 3 rakan baiknya:
- Rommel Galida
- Gregorio Angelo Rafael de Guzman
- John dela Serna
Pihak polis mengenalpasti mereka sebagai ‘gay’ dan telah tinggal bersama Dacera di bilik 2209.
Sewaktu mereka menyambut tahun baharu, beberapa orang lelaki lain menyertai kumpulan mereka dan mereka telah dikenalpasti sebagai ‘kawan kepada kawan’, menurut laporan dibuat oleh Philippine STAR pada 4 Januari lalu.
Laporan pihak polis
Pada 3 Januari iaitu dua hari selepas tragedi tersebut, pihak polis telah mengisytiharkan laporan tentang insiden itu kepada pihak media. Ketika itu, mereka masih belum mengesahkan penglibatan ‘jenayah’ dalam kes terbabit.
Jadi, polis melaporkan bahawa kes tersebut ‘berkemungkinan’ melibatkan kegiatan ‘rogol secara bergilir-gilir’ setelah pihak penyiasat menyedari kesan lebam dan kecederaan pada kaki Dacera.
Bagaimanapun, mereka menyatakan perlu memeriksa laporan perubatan dengan lebih lanjut sebelum membuat sebarang keputusan.


Ahli keluarga tak setuju, gesa pemeriksaan sekali lagi

“Mereka tidak menjelaskan laporan tersebut bahawa kesan lebam dijumpai di sekitar tubuh mangsa, disebabkan itu kami menggesa laporan bedah siasat lain dijalankan daripada pusat perubatan persendirian,” katanya.
Jurucakap bagi pihak keluarga Dacera menambah lagi bahawa keputusan autopsi terkini mungkin akan dikeluarkan pada hari ini (Rabu, 6 Januari 2021).
“Mereka kata, dia mati disebabkan punca semula jadi, iaitu ‘ruptured aortic aneurysm’ seperti tertulis pada sijil kematian, tetapi ia tidak menulis kecederaan lain yang dia alami.
“Jadi laporan itu tidak lengkap, oleh itu kami menggesa satu lagi autopsi dijalankan,” sambung Reyes lagi.
Kesimpulannya sehingga kini, pihak Polis Kebangsaan Filipina mengumumkan kes tersebut telah ‘selesai’, seperti yang ditulis di laman sosial Facebook mereka.
Sumber: CNN Philippines, Rappler

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit