Connect with us

WOW

Kemas Ditulis Bagi Jemaah Baca, Pakcik Ini Pemilik Tulisan Cantik!

Perubahan ketara dunia digital pada masa kini membuatkan penggunaan pen atau pensil jarang digunakan bagi menulis sesuatu benda.

Perkara tersebut sekaligus menjadikan seseorang individu berasa kekok bagi menghasilkan tulisan tangan yang kelihatan kemas dan cantik.

Namun kekemasan tulisan tangan oleh seorang jemaah di Masjid Bandar Seri Putra ini pernah tular di laman media sosial selain mendapat pujian ramai.

MasyaAllah cantiknya tulisan!

https://www.facebook.com/permata.nurul.1/posts/2394624077450548

Tulisan dalam bentuk firman al-Quran, hadis-hadis Rasulullah dan dan kata-kata pedoman untuk dibaca pengunjung itu sentiasa menimbulkan perasaan ingin tahu mengenai pemilik tulisan berkenaan.

Gerangan jemaah yang menghasilkan tulisan tersebut dikenali sebagai Haji Anuar yang juga merupakan mantan Setiausaha masjid terletak di Bangi itu.

Memperkenalkan Haji Anuar!

Memperkenalkan Hj. Anwar mantan setiausaha Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, yang telah berusaha menulis firman, hadis…

Posted by Info Penduduk Bandar Seri Putra on Tuesday, October 29, 2019

MasyaAllah memang cantik tulisnnya! Bertambah pahala pakcik berkongsi kebaikan melalui penulisan. Semoga terus dirahmati dan diberkati.

Sumber : Info Penduduk Bandar Seri Putra , Ummi Nurul

Continue Reading
Advertisement

Trending